Pada peringkat terakhir pembinaan blog ini, saya telah sertakan analisis tentang apa yang saya dan juga ahli kumpulan MADINAH perolehi sepanjang kerja lapangan kami ini. Secara ringkasnya, analisis kajian ini merangkumi 2 pihak yang dikenalpasti, iaitu daripada pihak governans dan juga dari pihak mangsa banjir sendiri. Analisis ini sebenarnya adalah berdasarkan soal selidik yang kami jalankan. Jadi, bagi memudahkan pemahaman berkaitan analisis ini, borang soal selidik yang telah disertakan di dalam post sebelumnya haruslah dijadikan rujukan...
Thursday, October 4, 2007
Analisis kajian-Soal selidik 1 : Terhadap penduduk Kg.Tembioh dan Kg.Kelantan
Analisis kajian-bagi penduduk Kg.Tembioh dan Kg.Kelantan Analisis ini adalah berdasarkan dengan maklumat soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Lampiran soal selidik ini boleh didapati di awal post di dalam blog ini..
Sebanyak 60% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ‘g’ dimana wujudnya diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir. Selebihnya 15% hanya sekadar bersetuju dan 25% lagi sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Seterusnya, bagi penyataan yang berikutnya, kebanyakkan responden kami sangat bersetuju dimana pihak governans telah melakukan pembaikpulihan terhadap sistem perparitan, saliran dan sungai selepas berlakunya banjir manakala 30% daripada mereka sekadar bersetuju dengan pernyataan ini.
Untuk penyataan yang seterusnya iaitu ‘i’, terdapat dua respon yang bercanggah antara satu sama lain yang ditunjukkan oleh data yang kami perolehi. Sebanyak 50% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana kesukaran berlaku dalam proses pendaftaran untuk memohon bantuan manakala peratus yang sama juga memberi respon sangat tidak bersetuju.
by :
-Mohd Zaidi Bin Mat Satar - A113545
at
10/04/2007 08:27:00 PM
1 komen
Tuesday, October 2, 2007
Analisis kajian-( Ulasan daripada soal selidik/graf )-Pandangan mangsa banjir terhadap keberkesanan pihak governans
Daripada data yang kami perolehi, ternyata terdapat beberapa isu yang yang boleh diketengahkan.Antaranya adalah mengenai isu pembahagian bantuan, ketidaksamaan pendapat antara mangsa banjir dan pihak governans dan juga isu jenayah.
Daripada apa yang kami perolehi, rata-rata mangsa-mangsa banjir di Kg.Kelantan dan juga Kg.Tembioh bersetuju bahawa pihak governans umumnya pihak polis telah memastikan keselamatan dan harta benda mangsa berada dalam keadaan yang terjamin. Namun begitu, terdapat juga beberapa mangsa merungut bahawa keselamatan harta benda mereka tidak begitu terjamin. Terdapat kes-kes rompakan yang berlaku ketika mereka berada di pusat pemindahan banjir.
Sementara itu hampir semua respondan kami bersetuju pihak governans telah menjalankan tugas mereka dengan begitu efisyen sekali semasa memberi pertolongan ketika banjir berlaku. Mangsa-mangsa banjir amat berpuas hati dengan bantuan yang diterima terutama ketika urusan pemindahan ke pusat pemindahan sementara. Pun begitu, keadaan sebaliknya berlaku di pihak governans kerana mereka menghadapi pelbagai masalah semasa urusan pemindahan mangsa banjir.Masalah ini sebahagian besarnya berpunca daripada mangsa-mangsa banjir sendiri kerana mereka tidak memberikan kerjasama dengan pihak governans.
Selain itu,mangsa-mangsa banjir juga amat bersetuju bahawa semua pihak governans telah bekerjasama dan telah memberikan bantuan yang tidak berbelah dan sama rata tanpa mengira perbezaan kaum mahupun perbezaan ideologi politik. Data yang kami perolehi juga manunjukkan majoriti mangsa banjir bersetuju bahawa pihak governans telah memberikan perhatian yang sama rata terhadap mangsa banjir dan bukannya hanya menumpukan terhadap sessebuah kawasan atau penempatan sahaja.Di sini, kami ingin mengenengahkan isu politik yang berlaku semasa tragedi banjir tersebut.
Hampir setengah respondan kami bersetuju bahawa terdapat diskriminasi politik oleh pihak governans terhadap mereka. Antara yang hangat diperkatakan ialah mengenai isu pembahagian dan pengagihan bantuan. Contohnya, terdapat sesebuah parti politik yang hanya memberikan pertolongan kepada puak-puak mereka sahaja. Selain itu, terdapat juga masalah yang timbul ketika prosedur prosedur pendaftaran untuk memohon bantuan. Buktinya, kira-kira setengah daripada respondan kami telah bersetuju bahawa mereka mengalami kesulitan semasa membuat pendaftaran tersebut. Salah seorang penduduk di Kg. Kelantan yang kami temubual berkata bahawa beliau tidak menerima sebarang bantuan bantuan sehingga kini gara-gara masalah yang dihadapinya ketika urusan pendaftaran memohon bantuan.
Dari segi logistik pula, kebanyakan daripada respondan kami telah bersetuju bahawa pihak governans telah memulakan kerja-kerja selenggara sistem perparitan, saliran dan juga sungai agar pulih seperti sedia kala. Berdasarkan apa yang kami lihat sendiri, memang terdapat banyak projek-projek selenggara yang sedang dijalankan di Kota Tinggi.Berdasarkan data yang kami perolehi, semua respondan bersetuju bahawa banyak struktur rumah dan bangunan yang musnah teruk ketika tragedi banjir tersebut.Menurut pandangan kami sendiri, faktor pembangunan yang tidak terkawal merupakan faktor utama terjadinya tragedi banjir. Namun demikian, terdapat juga respondan kami yang mengatakan bahawa faktor pembangunan bukanlah faktor berlakunya banjir. Mereka beranggapan faktor muka bumi di Johor yang landai adalah faktor utama.
Selain itu, majoriti respondan kami bersetuju untuk berpindah di kawasan luar Kota Tinggi sekiranya diberikan peluang. Mereka seolah-olah tidak mahu ataupun serik untuk berhadapan dengan tragedi banjir. Kami difahamkan masih terdapat segelintir penduduk masih berada di dalam keadaan trauma akibat peristiwa banjir.Menurut respondan kami,antara bentuk-bentuk bantuan yang mereka perolehi adalah seperti wang ehsan, makanan dan minuman, dan juga kawasan pemindahan sementara. Dalam pada itu, kami juga dimaklumkan terdapat projek ‘penempatan semula’ yang sedang dijalankan oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu mangsa-mangsa banjir.Kesimpulannya disini, masih terdapat percanggahan fakta dan pendapat antara pihak governans dan mangsa-mangsa banjir.
Labels: Analisis kajian lapangan di Kota Tinggi
by :
-Mohd Zaidi Bin Mat Satar - A113545
at
10/02/2007 07:54:00 PM
0
komen
Analisis kajian-Soal selidik 2 : Terhadap pihak governans
Analisis soal selidik untuk pihak governans juga sama iaitu ia merujuk kepada penyataan di dalam soal selidik yang kami edarkan. Anda boleh merujuk soal selidik ini pada post yang terdahulu.


by :
-Mohd Zaidi Bin Mat Satar - A113545
at
10/02/2007 07:53:00 PM
0
komen
Tuesday, September 25, 2007
Analisis kajian- ( Ulasan terhadap soal selidik/graf)-Pandangan pihak governans
Respoden-respoden daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan pihaknya telah memberi pelbagai bentuk bantuan. Antaranya bantuan menyelamatkan mangsa, khidmat kemanusian, memindahkan mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat, memberikan bantuan logistik barang ke kawasan penempatan mangsa banjir, kerja-kerja pengagihan barang bantuan dan juga menghantar pesakit yang dari kalangan mangsa banjir ke hospital.
Mereka juga mendapati yang pelbagai pihak telah memberi bantuan dan komitmen kepada mereka dan juga mangsa banjir. Pihak tersebut adalah wakil rakyat yang menghubungi mereka apabila paras air semakin naik. GIANT juga turut memberi sumbangan berupa makanan kepada mangsa banjir. Selain itu, UMNO juga turut menghulurkan bantuan kepada mereka. PBSM dan pihak ambulans pula telah bekerjasama dengan pihak bomba dalam operasi banjir ini.
Kesulitan yang dialami oleh pihak bomba adalah tidak mendapat kerjasama daripada orang awam. Terdapat juga pihak yang tidak mengetahui Dasar MKN 20 iaitu suatu dasar tentang operasi kecemasan kerana operasi menyelamatkan mangsa banjir tidak berjalan lancar dengan sepenuhnya. Askar hanya memberi tumpuan kepada suatu tempat sahaja. Askar juga hanya tunggu arahan dari komander operasi bagi membolehkan mereka menjalankan operasi menyelamatkan mangsa banjir. Bot dari JPS tidak mampu untuk manampung mangsa banjir dan telah tenggelam sewaktu operasi banjir dijalankan. Ini telah menjadi kekangan kepada pihak bomba. Bot yang dikendalikan oleh pihak polis pula terlampau laju. Terdapat respoden menyatakan yang pihaknya sukar untuk sampai ke suatu lokasi dengan cepat disebabkan oleh arus yang deras. Mangsa- mangsa banjir turut menerima kesulitan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini kerana pihak ini telah mengunakan system manual iaitu system mengunakan borang bagi menguruskan mangsa-mangsa banjir. System manual ini menyebabkan terdapat kehilangan nama-nama mangsa banjir. Pihak dari jabatan tersebut harus menggunakan computer kerana terdapat ramai mangsa banjir yang perlu dikendalikan.
Bantuan yang telah diberikan oleh pihak hospital adalah berupa logistik iaitu ,tilam,selimut makanan, pakaian, tempat tinggal sementara dan ubat-ubatan serta pemeriksaan kesihatan.
Kesulitan yang dialami oleh pihak hospital adalah terdapat putus perhubungan dengan pihak luar sewaktu bencana banjir berlaku. Pentadbiran juga tidak cekap kerana mereka mendapati bantuan yang disalurkan oleh parti politik disalahgunakan.
Hanya satu respoden dari Jabatan Pengairan dan Saliran.Respoden ini menyatakan, langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah ketidakcekapan yang berlaku dari pihak JPS adalah memberi taklimat tentang persediaan menghadapi banjir kepada semua pihak dalam Jabatan Pengairan dan Saliran Johor.
Langkah awal yang diambil oleh pihak JPS bagi menangani masalah banjir akan pada masa akan datang adalah membaikpulih system saliran dan mendalamkan sungai yang berkenaan.
Bentuk bantuan yang diberi oleh pihak polis adalah berupa logistic, Pihak polis turut bertanggungjawab dalam memindahkan mangsa ke tempat yang selamat dengan mengunakan bot. Respoden menyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak beliau adalah semasa memindahkan mangsa banjir. Ini kerana terdapat segilintit mangsa tidak mahu berpindah disebabkan mereka lebih sayangkan rumah, hartabenda atau premis perniagaan berbanding nyawa mereka sendiri. Makanan untuk polis juga lambat tiba kepada mereka sewaktu mereka menjalankan tugas operasi banjir.
Respoden menyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak mereka adalah terdapat penipuan semasa pemberian bantuan. Terdapat segilintir mangsa yang tidak bertanggungjawab telah mendaftarkan nama mereka pada semua tempat pemindahan supaya memperolehi banyak bantuan. Terdapat juga mangsa yang degil untuk berpindah ke kawasan penempatan sewaktu operasi menyelamatkan mangsa dijalankan.
Langkah awal yang diambil oleh pihak mereka bagi menangani masalah banjir akan pada masa akan datang adalah menyediakan kapal korek pasir untuk mendalamkan sungai dan sebagainya. Selain itu, Projek JPS iaitu projek meluruskan sungai.
Bantuan yang diberi oleh pihak dari Majlis Daerah Kota Tinggi adalah menyediakan tenaga kerja untuk urusan pemindahan mangsa banjir dan juga pusat pemindahan untuk mangsa banjir . Selain itu, turut menyediakan perkhidmatan pembersihan selepas banjir dan memberi bantuan pengagihan makanan untuk mangsa banjir. Majlis Daerah Kota Tinggi juga mengecualikan cukai tukaran untuk separuh penggal. Kesulitan yang dialami oleh pihak Majlis Daerah Kota Tinggi adalah kekurangan kakitangan tenaga kerja untuk pengurusan banjir. Selain itu, bekalan makanan tidak mencukupi kerana bilangan mangsa banjir di luar jangkaan. Pendaftaran mangsa banjir tidak dapat dijalankan dengan teratur memandangkan pusat pemindahan juga ditenggelami air.
by :
-Mohd Zaidi Bin Mat Satar - A113545
at
9/25/2007 09:33:00 PM
0
komen
Sunday, September 9, 2007
Pemuliharaan Perbandaran Bandaraya Georgetown
Dalam usaha untuk mengekalkan dan mempercepatkan lagi proses pembandaran di Georgetown, beberapa langkah jangka panjang telah di ambil..Antaranya..
Unit perancangan kawasan pusat (Central Area Planning Unit (CAPU))
Cadangan pemuliharaan kawasan bandaraya Georgetown diperkenalkan dalam tempoh awal 1970an. Pemuliharaan kawasan bandar secara rasminya disebut buat pertama kalinya dalam Pelan Perlingkungan Sementara Bandaraya yang disediakan oleh CAPU untuk bandaraya Georgetown. Dalam pelan ini kawasan yang sesuai dipulihara telah dikenal pasti dan ini meliputi kawasan yang dilingkungkan oleh Jalan Penang, Lebuh Chulia dan Lebuh Pantai dan kawasan yang dilingkungkan oleh Lebuh Magazine, Jalan Brick Kiln dan Jalan Bridge. Pada ketika itu tidak terdapat polisi atau garispanduan khusus untuk memandu pembangunan dalam kawasan ini. Kawalan perancangan ialah melalui nisbah plot. Pembangunan fizikal pesat dalam tahun 1970an dan 1980an ekoran kejayaan sektor ekonomi mengarah kepada pengenalan nisbah plot pembangunan yang tinggi dalam kawasan bandaran.
Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima pakai Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976, Akta 172, pada 1 Januari 1985. Bahagian III, Akta 172 mengwajibkan pihak berkuasa tempatan menyediakan pelan-pelan pembangunan iaitu Pelan Struktur dan Pelan Tempatan. Sekyen 7 memerlukan pihak berkuasa tempatan sebelum menyediakan deraf Rancangan Struktur menjalankan tinjauan dalam kawasannya. Penemuan-penemuan daripada tinjauan ini diterbitkan dalam Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur.
Kawasan-kawasan Pemeliharaan Bandaraya Georgetown
by :
-Mohd Zaidi Bin Mat Satar - A113545
at
9/09/2007 08:14:00 PM
0
komen
Urbanisasi dan Pembangunan di GEORGETOWN
Di ruangan ini, ingin saya berkongsi bersama anda mengenai urbanisasi di daerah Georgetown,Pulau Pinang.Seperti yang kita sedia maklum, Georgetown merupakan antara bandar yang sedang pesat membangun di Malaysia.
1. Jumlah penduduk seramai 400,000 orang dalam kawasan seluas 8,000 ekar. Tetapi Pelan Induk meramalkan pertambahan semulajadi akan menyebabkan penduduk bandar Georgetown menjangkau 600,000 orang.
2. Pengagihan penduduk ke pinggir kawasan bandar
3. Kawasan jalan dari Bagan Jermal ke pusat sivik dikendalikan sebagai kawasan kemudahan khas.
by :
-Mohd Zaidi Bin Mat Satar - A113545
at
9/09/2007 08:08:00 PM
0
komen