Thursday, October 4, 2007

Analisis kajian-Soal selidik 1 : Terhadap penduduk Kg.Tembioh dan Kg.Kelantan

Analisis kajian-bagi penduduk Kg.Tembioh dan Kg.Kelantan Analisis ini adalah berdasarkan dengan maklumat soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Lampiran soal selidik ini boleh didapati di awal post di dalam blog ini..

Bagi soal selidik yang melibatkan penduduk Kampung Tembioh dan Kampung Kelantan, sebanyak 10 penyataan dan 1 soalan telah disediakan. Daripada data yang kami perolehi, bagi penyataan ‘a’, 80% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan harta benda mangsa banjir terjamin. Selebihnya 10% sekadar setuju manakala 10% lagi tidak pasti akan pernyataan ini.
Penyataan 'a' :Pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan hartabenda mangsa banjir terjamin.


Bagi penyataan ‘b’ pula, sebanyak 60% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana pihak governans telah menjalankan tugas mereka dalam operasi banjir dengan bagus sekali. Selebihnya 20% lagi sekadar bersetuju manakala 20% lagi tidak bersetuju dengan penyataan ini.
Penyataan 'b' :Pihak governans telah menjalankan tugas dalam operasi banjir dengan baik, efisyen dan sistematik.


Pernyataan ‘c’ pula meminta responden memberikan pendapat mereka tentang kerjasama antara pihak governans dalam operasi banjir ini. Bagi penyataan ini, sebanyak 70% daripada responden kami sangat bersetuju wujudnya kerjasama antara pihak governans manakala 30% lagi sekadar bersetuju sahaja.
Penyataan 'c' :Semua pihak governans bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.


Bagi penyataan seterusnya, sebanyak 60% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan yang diberi dimana bantuan yang diberikan oleh pihak governans adalah sama rata. Selebihnya, 25% sekadar bersetuju manakala 15% lagi tidak bersetuju.
Penyataan 'd' :Pembahagian bantuan yang diberikan oleh pihak governans adalah sama rata.


Kebanyakkan responden kami iaitu sebanyak 80% sangat tidak bersetuju dengan penyataan ‘e’ dimana pihak governans tidak memberikan bantuan terhadap sesebuah kawasan sahaja manakala selebihnya pula sangat bersetuju dengan penyataan ini. Seterusnya bagi pernyataan yang berikutnya iaitu penyataan ‘f’, sebanyak 80% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana banyak struktur rumah mereka mengalami kerosakan akibat banjir ini manakala selebihnya hanya bersetuju sahaja.
Penyataan 'e' :Terdapat pihak governans yang hanya memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesebuah kawasan atau penempatan.
Penyataan 'f' :Banyak struktur rumah dan bangunan yang mengalami kerosakan


Sebanyak 60% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ‘g’ dimana wujudnya diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir. Selebihnya 15% hanya sekadar bersetuju dan 25% lagi sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Seterusnya, bagi penyataan yang berikutnya, kebanyakkan responden kami sangat bersetuju dimana pihak governans telah melakukan pembaikpulihan terhadap sistem perparitan, saliran dan sungai selepas berlakunya banjir manakala 30% daripada mereka sekadar bersetuju dengan pernyataan ini.
Penyataan 'g' :Terdapat diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir
Penyataan 'h' :Selepas berlakunya banjir pihak governans telah cuba menyelanggara sistem perparitan, saliran dan sungai agar pulih seperti sediakala.



Untuk penyataan yang seterusnya iaitu ‘i’, terdapat dua respon yang bercanggah antara satu sama lain yang ditunjukkan oleh data yang kami perolehi. Sebanyak 50% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana kesukaran berlaku dalam proses pendaftaran untuk memohon bantuan manakala peratus yang sama juga memberi respon sangat tidak bersetuju.
Penyataan 'i' :Prosedur pendaftaran untuk memohon bantuan adalah amat menyukarkan.


Bagi pernyataan ‘j’, sebanyak 25% daripada responden kami memberi respon sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini manakala 10% lagi sekadar tidak bersetuju. Oleh itu, mereka berpendapat pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans bukanlah penyebab kepada masalah banjir ini berlaku. Sebaliknya, ada juga responden kami yang mengakui penyataan ini adalah benar dimana sebanyak 35% daripada mereka memberi respon sangat bersetuju manakala 30% lagi sekadar bersetuju. Untuk soalan terakhir iaitu ‘k’, responden kami diminta untuk memberi respon samaada ‘ya’ atau ‘tidak’. Daripada data yang kami perolehi, kebanyakkan daripada mereka iaitu sebanyak 80% memberi respon ‘ya’ dimana mereka bersetuju sekiranya diminta membina rumah di kawasan lain lantaran Kota Tinggi sering mengalami banjir. Manakala selebihnya tidak bersetuju dengan soalan ini.
Penyataan 'j' :Pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans telah menyebabkan banjir berlaku.
Penyataan 'k' :Sekiranya anda diminta untuk membina rumah di kawasan lain kerana Kota Tinggi sering kali mengalami banjir adakah anda setuju?


1 comment:

Lee Shauran said...

ehmm..keseluruhannya bagus..kalau boleh di besarkan graf kan lagi bagus..=p