Wednesday, August 29, 2007

Perkembangan terkini penyelidikan...

Webfetti.com



Kumpulan MADINAH setakat ini telah menyiapkan kertas kerja mengenai isu yang akan kami bincangkan semasa kerja lapangan diadakan.Kertas kerja kami ini telah pun dipersetujui oleh Prof.Hamzah.Untuk memudahkan kerja kami semasa kerja lapangan itu nanti,kami telah memilih beberapa kaedah untuk membuat penyelidikan itu nanti.Pertamanya kami sudah pun membuat borang soal selidik yang akan diedarkan kepada orang-orang kampung dan juga kepada pihak atasan di Kota Tinggi.Alhamdulillah.borang soal selidik ini telah pun mendapat persetujuan daripada Prof.Hamzah.
Selain itu juga kami juga akan menggunakan kaedah temu ramah dan hasil tinjauan kami sendiri semasa penyelidikan ini dijalankan.Kami berharap segala apa yang dirancangkan oleh kami ini akan berjalan lancar sehinnga tamatnya kerja lapangan itu nanti.

Kumpulan penyelidikan.....

Seperti yang dirancangkan,kami telah membentuk beberapa kumpulan penyelidikan bagi mengupas dan menyelidiki kesan-kesan banjir yang telah melanda Kota Tinggi baru-baru ini.Dengan itu saya bersama 3 rakan-rakan yang lain telah membentuk kumpulan yang diberi nama MADINAH.Kami telah sepakat untuk memilih tajuk PERANAN DAN KEBERKESANAN GOVERNANS DALAM MENANGANI BANJIR....Isu yang akan kami akan selidiki ini telah dipilih berdasarkan persetujuan kami bersama dan juga setelah membuat tinjauan awal(pilot study) yang telah diadakan Julai lepas.

Untuk pengetahuan umum terdapat beberapa isi atau fenomena yang dapat dirungkaikan tentang peranan atau keberkesanan governans dalam menangani banjir yang berlaku.Ini termasuklah peranan yang dimainkan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan juga peranan di dalam menguruskan bantuan yang diterima.Semasa tinjauan awal dahulu,kami difahamkan terdapat beberapa kesulitan yang dialami semasa urusan ini dijalankan.Sejauh manakah kebenaran fakta ini....?.Jadi,kami sekumpulan akan membuat penyelidikan tentang peranan sebenar yang dimainkan pihak governans dalam menghadapi banjir dan sejauh manakah keberkesanannya....

Saturday, August 11, 2007

Borang soal selidik

SOALAN SOAL SELIDIK (GOVERNANS)

A. MAKLUMAT PERIBADI
a. Jabatan/Persatuan/Jawatankuasa :
b. Jawatan :
B. MAKLUMAT KAJIAN
Menggunakan skala
1 2 3 4 5
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju

a. Mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama semasa
urusan pemberian bantuan oleh pihak governans.
1 2 3 4 5
b. Terdapat pelbagai bantuan atau sumbangan daripada pihak luar
kepada mangsa banjir.
1 2 3 4 5
c. Bantuan daripada pihak luar amat mencukupi dan pihak
pentadbir tidak mempunyai sebarang masalah untuk
menguruskannya.
1 2 3 4 5
d. Adakah perbezaan kawasan parlimen di Kota Tinggi telah
mendatangkan kesan ketika urusan pembahagian bantuan?
1 2 3 4 5
e. Mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan dalam masa yang
singkat dan tiada masalah semasa proses pemindahan tersebut.
1 2 3 4 5
f. Semasa berada di pusat pemindahan banjir,mangsa-mangsa telah
menerima bantuan yang secukupnya daripada pihak pentadbir
dan kebajikan mereka juga diurus dengan baik sekali.
1 2 3 4 5
g. Pembangunan yang dijalankan oleh pihak pentadbir merupakan
antara penyebab berlakunya banjir.
1 2 3 4 5
h. Kerja-kerja penambahbaikkan kini semakin rancak dilakukan
oleh pihak pentadbir dan juga dari pihak kerajaan sendiri.
1 2 3 4 5
i. Semua pihak atasan seperti JKKK,Ketua kampung dan juga
pegawai daerah bekerjasama semasa memberikan bantuan kepada
mangsa banjir.
1 2 3 4 5
j. Pihak anda telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi tanpa mengira masa dan lokasi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir
1 2 3 4 5
k. Pihak anda telah bertindak pantas dan bijak dalam menguruskan mangsa banjir.
1 2 3 4 5
l.Pihak anda memberikan bantuan kepada kawasan linkungan/kawasan berhampiran pihak anda sahaja.
1 2 3 4 5

m. Sila nyatakan antara bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak anda.

n. Tanggungjawab menguruskan mangsa banjir di Kota Tinggi juga merupakan sebahagian daripada tugas anda.
Ya / Tidak

o. Pihak anda telah benar-benar bersedia sebelum gelombang banjir pertama berlaku seandainya berlakunya musibah tersebut di tempat anda.
Ya / Tidak


p. Wujud kesulitan dalam pengurusan banjir di Kota Tinggi ini.
Ya / Tidak

q. Jika anda menjawab Ya untuk soalan di atas, sila nyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak anda. Jika anda menjawab Tidak, sila tinggalkan soalan ini dan teruskan ke soalan berikutnya.




r. Wujud keserasian dan kesefahaman di kalangan pihak yang menguruskan mangsa banjir ini.
Ya / Tidak

s. Peristiwa banjir ini mencetuskan keserasian dan interaksi yang baik antara pihak anda dan juga pihak lain.
Ya / Tidak

t. Kecekapan dalam apa jua tugasan adalah menjadi satu agenda yang dititikberatkan oleh pihak anda.
Ya / Tidak

u. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah ketidakcekapan dalam menjalankan tugas sekiranya akan /telah berlaku masalah ini di pihak anda.



v. Sila nyatakan langkah awal yang diambil oleh pihak anda bagi menangani masalah banjir pada masa akan datang.





SOALAN SOAL SELIDIK (PENDUDUK)

B. MAKLUMAT KAJIAN
Menggunakan skala
1 2 3 4 5
Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju
a. Pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan hartabenda mangsa banjir terjamin.
1 2 3 4 5
b. Pihak governans telah menjalankan tugas dalam operasi banjir dengan baik, efisyen dan sistematik.
1 2 3 4 5
c. Semua pihak governans bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.
1 2 3 4 5
d. Pembahagian bantuan yang diberikan oleh pihak governans adalah sama rata.
1 2 3 4 5
e. Terdapat pihak governans yang hanya memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesebuah kawasan atau penempatan.
1 2 3 4 5
f. Banyak struktur rumah dan bangunan yang mengalami kerosakan.
1 2 3 4 5
g. Terdapat diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir.
1 2 3 4 5
h. Selepas berlakunya banjir pihak governans telah cuba menyelanggara sistem perparitan, saliran dan sungai agar pulih seperti sediakala.
1 2 3 4 5
i. Prosedur pendaftaran untuk memohon bantuan adalah amat menyukarkan.
1 2 3 4 5
j. Pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans telah menyebabkan banjir berlaku.
1 2 3 4 5

k. Sekiranya anda diminta untuk membina rumah di kawasan lain kerana Kota Tinggi sering kali mengalami banjir adakah anda setuju? A. YA B.TIDAK

l. Siapakah pihak-pihak governans yan terlibat dalam operasi banjir Kota Tinggi, sama ada pihak kerajaan atau swasta.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
m. Sila nyatakan bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak governence.




n. Sila nyatakan pembaikpulihan yang sedang dijalankan oleh pihak governence bagi menangani banjir.




o. Bagi pendapat anda di Negeri Johor dimanakah kawasan yang membangun dan tanpa berlakunya bencana alam? _____________________

p. Sekiranya anda diberi pilihan untuk berpindah, kawasan yang mana akan anda pilih di sekitar Johor? __________________________

Tinjauan awal ke Kg.Kelantan dan Kg.Tembiuh


Pada 2-3 Ogos yang lepas,saya serta beberapa rakan-rakan yang lain telah berangkat ke Kota Tinggi untuk melakukan tinjauan awal di sana.Lawatan yang diketuai oleh Prof Hamzah ini berrtujuan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai kajian yang akan kami lakukan pada tarikh sebenar iaitu pada 31 Ogos sehingga 3 September akan datang.

Sepanjang lawatan itu, kami telah melawat sekitar Kg.Kelantan dan Kg.Tembiuh.Dua kawasan ini merupakan antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir pada awal tahun yang lepas.