Thursday, October 4, 2007

Pendahuluan Analisis

Pada peringkat terakhir pembinaan blog ini, saya telah sertakan analisis tentang apa yang saya dan juga ahli kumpulan MADINAH perolehi sepanjang kerja lapangan kami ini. Secara ringkasnya, analisis kajian ini merangkumi 2 pihak yang dikenalpasti, iaitu daripada pihak governans dan juga dari pihak mangsa banjir sendiri. Analisis ini sebenarnya adalah berdasarkan soal selidik yang kami jalankan. Jadi, bagi memudahkan pemahaman berkaitan analisis ini, borang soal selidik yang telah disertakan di dalam post sebelumnya haruslah dijadikan rujukan...

Analisis kajian-Soal selidik 1 : Terhadap penduduk Kg.Tembioh dan Kg.Kelantan

Analisis kajian-bagi penduduk Kg.Tembioh dan Kg.Kelantan Analisis ini adalah berdasarkan dengan maklumat soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Lampiran soal selidik ini boleh didapati di awal post di dalam blog ini..

Bagi soal selidik yang melibatkan penduduk Kampung Tembioh dan Kampung Kelantan, sebanyak 10 penyataan dan 1 soalan telah disediakan. Daripada data yang kami perolehi, bagi penyataan ‘a’, 80% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan harta benda mangsa banjir terjamin. Selebihnya 10% sekadar setuju manakala 10% lagi tidak pasti akan pernyataan ini.
Penyataan 'a' :Pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan hartabenda mangsa banjir terjamin.


Bagi penyataan ‘b’ pula, sebanyak 60% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana pihak governans telah menjalankan tugas mereka dalam operasi banjir dengan bagus sekali. Selebihnya 20% lagi sekadar bersetuju manakala 20% lagi tidak bersetuju dengan penyataan ini.
Penyataan 'b' :Pihak governans telah menjalankan tugas dalam operasi banjir dengan baik, efisyen dan sistematik.


Pernyataan ‘c’ pula meminta responden memberikan pendapat mereka tentang kerjasama antara pihak governans dalam operasi banjir ini. Bagi penyataan ini, sebanyak 70% daripada responden kami sangat bersetuju wujudnya kerjasama antara pihak governans manakala 30% lagi sekadar bersetuju sahaja.
Penyataan 'c' :Semua pihak governans bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.


Bagi penyataan seterusnya, sebanyak 60% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan yang diberi dimana bantuan yang diberikan oleh pihak governans adalah sama rata. Selebihnya, 25% sekadar bersetuju manakala 15% lagi tidak bersetuju.
Penyataan 'd' :Pembahagian bantuan yang diberikan oleh pihak governans adalah sama rata.


Kebanyakkan responden kami iaitu sebanyak 80% sangat tidak bersetuju dengan penyataan ‘e’ dimana pihak governans tidak memberikan bantuan terhadap sesebuah kawasan sahaja manakala selebihnya pula sangat bersetuju dengan penyataan ini. Seterusnya bagi pernyataan yang berikutnya iaitu penyataan ‘f’, sebanyak 80% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana banyak struktur rumah mereka mengalami kerosakan akibat banjir ini manakala selebihnya hanya bersetuju sahaja.
Penyataan 'e' :Terdapat pihak governans yang hanya memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesebuah kawasan atau penempatan.
Penyataan 'f' :Banyak struktur rumah dan bangunan yang mengalami kerosakan


Sebanyak 60% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ‘g’ dimana wujudnya diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir. Selebihnya 15% hanya sekadar bersetuju dan 25% lagi sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Seterusnya, bagi penyataan yang berikutnya, kebanyakkan responden kami sangat bersetuju dimana pihak governans telah melakukan pembaikpulihan terhadap sistem perparitan, saliran dan sungai selepas berlakunya banjir manakala 30% daripada mereka sekadar bersetuju dengan pernyataan ini.
Penyataan 'g' :Terdapat diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir
Penyataan 'h' :Selepas berlakunya banjir pihak governans telah cuba menyelanggara sistem perparitan, saliran dan sungai agar pulih seperti sediakala.



Untuk penyataan yang seterusnya iaitu ‘i’, terdapat dua respon yang bercanggah antara satu sama lain yang ditunjukkan oleh data yang kami perolehi. Sebanyak 50% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana kesukaran berlaku dalam proses pendaftaran untuk memohon bantuan manakala peratus yang sama juga memberi respon sangat tidak bersetuju.
Penyataan 'i' :Prosedur pendaftaran untuk memohon bantuan adalah amat menyukarkan.


Bagi pernyataan ‘j’, sebanyak 25% daripada responden kami memberi respon sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini manakala 10% lagi sekadar tidak bersetuju. Oleh itu, mereka berpendapat pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans bukanlah penyebab kepada masalah banjir ini berlaku. Sebaliknya, ada juga responden kami yang mengakui penyataan ini adalah benar dimana sebanyak 35% daripada mereka memberi respon sangat bersetuju manakala 30% lagi sekadar bersetuju. Untuk soalan terakhir iaitu ‘k’, responden kami diminta untuk memberi respon samaada ‘ya’ atau ‘tidak’. Daripada data yang kami perolehi, kebanyakkan daripada mereka iaitu sebanyak 80% memberi respon ‘ya’ dimana mereka bersetuju sekiranya diminta membina rumah di kawasan lain lantaran Kota Tinggi sering mengalami banjir. Manakala selebihnya tidak bersetuju dengan soalan ini.
Penyataan 'j' :Pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans telah menyebabkan banjir berlaku.
Penyataan 'k' :Sekiranya anda diminta untuk membina rumah di kawasan lain kerana Kota Tinggi sering kali mengalami banjir adakah anda setuju?


Tuesday, October 2, 2007

Analisis kajian-( Ulasan daripada soal selidik/graf )-Pandangan mangsa banjir terhadap keberkesanan pihak governans

Daripada data yang kami perolehi, ternyata terdapat beberapa isu yang yang boleh diketengahkan.Antaranya adalah mengenai isu pembahagian bantuan, ketidaksamaan pendapat antara mangsa banjir dan pihak governans dan juga isu jenayah.

Daripada apa yang kami perolehi, rata-rata mangsa-mangsa banjir di Kg.Kelantan dan juga Kg.Tembioh bersetuju bahawa pihak governans umumnya pihak polis telah memastikan keselamatan dan harta benda mangsa berada dalam keadaan yang terjamin. Namun begitu, terdapat juga beberapa mangsa merungut bahawa keselamatan harta benda mereka tidak begitu terjamin. Terdapat kes-kes rompakan yang berlaku ketika mereka berada di pusat pemindahan banjir.
Sementara itu hampir semua respondan kami bersetuju pihak governans telah menjalankan tugas mereka dengan begitu efisyen sekali semasa memberi pertolongan ketika banjir berlaku. Mangsa-mangsa banjir amat berpuas hati dengan bantuan yang diterima terutama ketika urusan pemindahan ke pusat pemindahan sementara. Pun begitu, keadaan sebaliknya berlaku di pihak governans kerana mereka menghadapi pelbagai masalah semasa urusan pemindahan mangsa banjir.Masalah ini sebahagian besarnya berpunca daripada mangsa-mangsa banjir sendiri kerana mereka tidak memberikan kerjasama dengan pihak governans.

Selain itu,mangsa-mangsa banjir juga amat bersetuju bahawa semua pihak governans telah bekerjasama dan telah memberikan bantuan yang tidak berbelah dan sama rata tanpa mengira perbezaan kaum mahupun perbezaan ideologi politik. Data yang kami perolehi juga manunjukkan majoriti mangsa banjir bersetuju bahawa pihak governans telah memberikan perhatian yang sama rata terhadap mangsa banjir dan bukannya hanya menumpukan terhadap sessebuah kawasan atau penempatan sahaja.Di sini, kami ingin mengenengahkan isu politik yang berlaku semasa tragedi banjir tersebut.

Hampir setengah respondan kami bersetuju bahawa terdapat diskriminasi politik oleh pihak governans terhadap mereka. Antara yang hangat diperkatakan ialah mengenai isu pembahagian dan pengagihan bantuan. Contohnya, terdapat sesebuah parti politik yang hanya memberikan pertolongan kepada puak-puak mereka sahaja. Selain itu, terdapat juga masalah yang timbul ketika prosedur prosedur pendaftaran untuk memohon bantuan. Buktinya, kira-kira setengah daripada respondan kami telah bersetuju bahawa mereka mengalami kesulitan semasa membuat pendaftaran tersebut. Salah seorang penduduk di Kg. Kelantan yang kami temubual berkata bahawa beliau tidak menerima sebarang bantuan bantuan sehingga kini gara-gara masalah yang dihadapinya ketika urusan pendaftaran memohon bantuan.

Dari segi logistik pula, kebanyakan daripada respondan kami telah bersetuju bahawa pihak governans telah memulakan kerja-kerja selenggara sistem perparitan, saliran dan juga sungai agar pulih seperti sedia kala. Berdasarkan apa yang kami lihat sendiri, memang terdapat banyak projek-projek selenggara yang sedang dijalankan di Kota Tinggi.Berdasarkan data yang kami perolehi, semua respondan bersetuju bahawa banyak struktur rumah dan bangunan yang musnah teruk ketika tragedi banjir tersebut.Menurut pandangan kami sendiri, faktor pembangunan yang tidak terkawal merupakan faktor utama terjadinya tragedi banjir. Namun demikian, terdapat juga respondan kami yang mengatakan bahawa faktor pembangunan bukanlah faktor berlakunya banjir. Mereka beranggapan faktor muka bumi di Johor yang landai adalah faktor utama.
Selain itu, majoriti respondan kami bersetuju untuk berpindah di kawasan luar Kota Tinggi sekiranya diberikan peluang. Mereka seolah-olah tidak mahu ataupun serik untuk berhadapan dengan tragedi banjir. Kami difahamkan masih terdapat segelintir penduduk masih berada di dalam keadaan trauma akibat peristiwa banjir.Menurut respondan kami,antara bentuk-bentuk bantuan yang mereka perolehi adalah seperti wang ehsan, makanan dan minuman, dan juga kawasan pemindahan sementara. Dalam pada itu, kami juga dimaklumkan terdapat projek ‘penempatan semula’ yang sedang dijalankan oleh kerajaan dalam usaha untuk membantu mangsa-mangsa banjir.Kesimpulannya disini, masih terdapat percanggahan fakta dan pendapat antara pihak governans dan mangsa-mangsa banjir.
Labels: Analisis kajian lapangan di Kota Tinggi

Analisis kajian-Soal selidik 2 : Terhadap pihak governans

Analisis soal selidik untuk pihak governans juga sama iaitu ia merujuk kepada penyataan di dalam soal selidik yang kami edarkan. Anda boleh merujuk soal selidik ini pada post yang terdahulu.

Analisis kajian-Soal selidik terhadap pihak governans Bagi soal selidik yang melibatkan pihak governans, sebanyak 12 penyataan dan 6 soalan telah disediakan. Soal selidik kami adalh berdasrkan skalar. Berdasarkan data yang telah kami perolehi, sebanyak 40% menyatakan setuju bagi penyataan ‘a’ dimana mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama dalam pemberian bantuan oleh pihak governans.
Penyataan 'a' :Mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama semasa urusan pemberian bantuan oleh pihak governans.
Bagi penyataan berikutnya,iaitu penyataan 'b' , 70% daripada mereka menyatakan sangat setuju bahawa mereka menerima bantuan daripada pihak luar kepada mangsa banjir. Seterusnya, untuk penyataan 'c' ,sebanyak 45% daripada responden kami menyatakan sangat setuju dengan bantuan yang diberikan oleh pihak luar yang sangat mencukupi serta tiada masalah dalam pengurusan.Sebanyak 45% daripada responden kami menyatakan tidak pasti untuk penyataan ‘c’ bahawa perbezaan kawasan parlimen telah mendatangkan kesan keatas urusan pembahagian bantuan.
Penyataan 'b' :Terdapat pelbagai bantuan atau sumbangan daripada pihak luar kepada mangsa banjir.
Penyataan 'c' :Bantuan daripada pihak luar amat mencukupi dan pihak pentadbir tidak mempunyai sebarang masalah untuk menguruskannya.


Untuk penyataan seterusnya iaitu penyataan ‘d’ , sebanyak 35% responden kami menyatakan tidak pasti dimana mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan dalam masa yang singkat. Manakala bagi penyatakan ‘e’ sebanyak 35% telah menyatakan sangat setuju bahawa mangsa-mangsa banjir telah menerima bantuan yang secukupnya daripada pihak pentadbir dan kebajikan mereka juga diuruskan dengan baik oleh pihak governans.
Penyataan 'd' : Adakah perbezaan kawasan parlimen di Kota Tingg telah mendatangkan kesan ketika urusan pembahagian bantuan?
Penyataan 'e' : Mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan dalam masa yang singkat dan tiada masalah semasa proses pemindahan.

Untuk penyataan seterusnya iaitu penyataan ‘g’ sebanyak 35% menyatakan tidak setuju bahawa pembangunan yang dijalankan oleh pihak mereka merupakan punca berlakunya banjir.Seterusnya, Sebanyak 50% responden kami telah menyatakan sangat setuju bagi penyataan ‘h’ bahawa penambahbaikan sedang rancak dilakukan oleh pihak mereka.
Penyataan 'g' :Pembangunan yang dijalankan oleh pihak pentadbir merupakan antara penyebab berlakunya banjir.
Penyataan 'h':Kerja-kerja penambahbaikkan kini semakin rancak dilakukan oleh pihak pentadbir dan juga dari pihak kerajaan sendiri.


Bagi penyataan ‘i’ pula 40% menyatakan setuju bahawa semua pihak atasan dan pihak governans memberi bantuan kepada mangsa banjir.Walaubagaimana pun, bagi penyataan ‘j’ terdapat 2 pendapat yang menyatakan bahawa sebanyak 45% setuju dan sangat setuju dalam penyataan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi tanpa mengira masa dan lokasi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Penyataan 'i' :Semua pihak atasan seperti JKKK,Ketua kampung dan juga pegawai daerah bekerjasama semasa memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
Penyataan 'j' :Pihak anda telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi tanpa mengira masa dan lokasi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Manakala sebanyak 60% bagi penyataan ‘k’ menyatakan sangat setuju dalam hal menguruskan mangsa banjir dengan bertindak pantas dan bijak oleh pihak mereka.
Penyataan 'k' : Pihak anda telah bertindak pantas dan bijak dalam menguruskan mangsa banjir.
Penyataan ini telah membuktikan keatas penyataan seterusnya iaitu peyataan ‘l’, sebanyak 45% menyatakan sangat tidak setuju bahawa pihak mereka memberi bantuan kepada kawasan lingkungan yang berhampiran sahaja.
Penyataan 'l' :Pihak anda memberikan bantuan kepada kawasan linkungan/kawasan berhampiran pihak anda sahaja.
Manakala, bagi penyataan ‘n’ dan ‘o’ terdapat sebanyak 75% menyatakan ya, untuk menjalankan tanggungjawab menguruskan mangsa banjir di Kota Tinggi adalah sebahagaian daripada tugas mereka serta 75% juga menyatakan ya, bahawa pihak mereka benar-benar bersedia sebelum gelombang banjir pertama berlaku seiandainya berlakunya musibah tersebut di tempat mereka.
Penyataan 'n' :Tanggungjawab menguruskan mangsa banjir di Kota Tinggi juga merupakan sebahagian daripada tugas anda.
Penyataan 'o' :Pihak anda telah benar-benar bersedia sebelum gelombang banjir pertama berlaku seandainya berlakunya musibah tersebut di tempat anda.


Bagi penyataan ‘p’, ‘r’ dan ‘s’, telah berkongsi peratusan iaitu sebanyak 65% menyatakan ya, bahawa wujudnya kesulitan yang dialami oleh mereka dalam pengurusan, walaubagaimanapun masih wujudnya keserasian dan kesefahaman di kalangan pihak yang menguruskan mangsa banjir dengan pihak mereka serta peristiwa banjir ini mencetuskan keserasian dan interaksi yang baik antara pihak mereka dengan pihak lain.
Penyataan 'p' :Wujud kesulitan dalam pengurusan banjir di Kota Tinggi ini.
Penyataan 'r' :Wujud keserasian dan kesefahaman di kalangan pihak yang menguruskan mangsa banjir ini.
Penyataan 's' :Peristiwa banjir ini mencetuskan keserasian dan interaksi yang baik antara pihak anda dan juga pihak lain.



Akhir sekali bagi penyataan ‘t’ sebanyak 90% menyatakan ya, bahawa kecekapan dalam apa jua tugasan adalah menjadi satu agenda yang dititikberatkan oleh pihak mereka.
Penyataan 't' : Kecekapan dalam apa jua tugasan adalah menjadi satu agenda yang dititikberatkan oleh pihak anda.