Tuesday, September 25, 2007

Analisis kajian- ( Ulasan terhadap soal selidik/graf)-Pandangan pihak governans

Respoden-respoden daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan pihaknya telah memberi pelbagai bentuk bantuan. Antaranya bantuan menyelamatkan mangsa, khidmat kemanusian, memindahkan mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat, memberikan bantuan logistik barang ke kawasan penempatan mangsa banjir, kerja-kerja pengagihan barang bantuan dan juga menghantar pesakit yang dari kalangan mangsa banjir ke hospital.
Mereka juga mendapati yang pelbagai pihak telah memberi bantuan dan komitmen kepada mereka dan juga mangsa banjir. Pihak tersebut adalah wakil rakyat yang menghubungi mereka apabila paras air semakin naik. GIANT juga turut memberi sumbangan berupa makanan kepada mangsa banjir. Selain itu, UMNO juga turut menghulurkan bantuan kepada mereka. PBSM dan pihak ambulans pula telah bekerjasama dengan pihak bomba dalam operasi banjir ini.

Kesulitan yang dialami oleh pihak bomba adalah tidak mendapat kerjasama daripada orang awam. Terdapat juga pihak yang tidak mengetahui Dasar MKN 20 iaitu suatu dasar tentang operasi kecemasan kerana operasi menyelamatkan mangsa banjir tidak berjalan lancar dengan sepenuhnya. Askar hanya memberi tumpuan kepada suatu tempat sahaja. Askar juga hanya tunggu arahan dari komander operasi bagi membolehkan mereka menjalankan operasi menyelamatkan mangsa banjir. Bot dari JPS tidak mampu untuk manampung mangsa banjir dan telah tenggelam sewaktu operasi banjir dijalankan. Ini telah menjadi kekangan kepada pihak bomba. Bot yang dikendalikan oleh pihak polis pula terlampau laju. Terdapat respoden menyatakan yang pihaknya sukar untuk sampai ke suatu lokasi dengan cepat disebabkan oleh arus yang deras. Mangsa- mangsa banjir turut menerima kesulitan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini kerana pihak ini telah mengunakan system manual iaitu system mengunakan borang bagi menguruskan mangsa-mangsa banjir. System manual ini menyebabkan terdapat kehilangan nama-nama mangsa banjir. Pihak dari jabatan tersebut harus menggunakan computer kerana terdapat ramai mangsa banjir yang perlu dikendalikan.

Bantuan yang telah diberikan oleh pihak hospital adalah berupa logistik iaitu ,tilam,selimut makanan, pakaian, tempat tinggal sementara dan ubat-ubatan serta pemeriksaan kesihatan.
Kesulitan yang dialami oleh pihak hospital adalah terdapat putus perhubungan dengan pihak luar sewaktu bencana banjir berlaku. Pentadbiran juga tidak cekap kerana mereka mendapati bantuan yang disalurkan oleh parti politik disalahgunakan.

Hanya satu respoden dari Jabatan Pengairan dan Saliran.Respoden ini menyatakan, langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah ketidakcekapan yang berlaku dari pihak JPS adalah memberi taklimat tentang persediaan menghadapi banjir kepada semua pihak dalam Jabatan Pengairan dan Saliran Johor.
Langkah awal yang diambil oleh pihak JPS bagi menangani masalah banjir akan pada masa akan datang adalah membaikpulih system saliran dan mendalamkan sungai yang berkenaan.
Bentuk bantuan yang diberi oleh pihak polis adalah berupa logistic, Pihak polis turut bertanggungjawab dalam memindahkan mangsa ke tempat yang selamat dengan mengunakan bot. Respoden menyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak beliau adalah semasa memindahkan mangsa banjir. Ini kerana terdapat segilintit mangsa tidak mahu berpindah disebabkan mereka lebih sayangkan rumah, hartabenda atau premis perniagaan berbanding nyawa mereka sendiri. Makanan untuk polis juga lambat tiba kepada mereka sewaktu mereka menjalankan tugas operasi banjir.
Respoden menyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak mereka adalah terdapat penipuan semasa pemberian bantuan. Terdapat segilintir mangsa yang tidak bertanggungjawab telah mendaftarkan nama mereka pada semua tempat pemindahan supaya memperolehi banyak bantuan. Terdapat juga mangsa yang degil untuk berpindah ke kawasan penempatan sewaktu operasi menyelamatkan mangsa dijalankan.
Langkah awal yang diambil oleh pihak mereka bagi menangani masalah banjir akan pada masa akan datang adalah menyediakan kapal korek pasir untuk mendalamkan sungai dan sebagainya. Selain itu, Projek JPS iaitu projek meluruskan sungai.
Bantuan yang diberi oleh pihak dari Majlis Daerah Kota Tinggi adalah menyediakan tenaga kerja untuk urusan pemindahan mangsa banjir dan juga pusat pemindahan untuk mangsa banjir . Selain itu, turut menyediakan perkhidmatan pembersihan selepas banjir dan memberi bantuan pengagihan makanan untuk mangsa banjir. Majlis Daerah Kota Tinggi juga mengecualikan cukai tukaran untuk separuh penggal. Kesulitan yang dialami oleh pihak Majlis Daerah Kota Tinggi adalah kekurangan kakitangan tenaga kerja untuk pengurusan banjir. Selain itu, bekalan makanan tidak mencukupi kerana bilangan mangsa banjir di luar jangkaan. Pendaftaran mangsa banjir tidak dapat dijalankan dengan teratur memandangkan pusat pemindahan juga ditenggelami air.

No comments: