Tuesday, September 25, 2007

Analisis kajian- ( Ulasan terhadap soal selidik/graf)-Pandangan pihak governans

Respoden-respoden daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan pihaknya telah memberi pelbagai bentuk bantuan. Antaranya bantuan menyelamatkan mangsa, khidmat kemanusian, memindahkan mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat, memberikan bantuan logistik barang ke kawasan penempatan mangsa banjir, kerja-kerja pengagihan barang bantuan dan juga menghantar pesakit yang dari kalangan mangsa banjir ke hospital.
Mereka juga mendapati yang pelbagai pihak telah memberi bantuan dan komitmen kepada mereka dan juga mangsa banjir. Pihak tersebut adalah wakil rakyat yang menghubungi mereka apabila paras air semakin naik. GIANT juga turut memberi sumbangan berupa makanan kepada mangsa banjir. Selain itu, UMNO juga turut menghulurkan bantuan kepada mereka. PBSM dan pihak ambulans pula telah bekerjasama dengan pihak bomba dalam operasi banjir ini.

Kesulitan yang dialami oleh pihak bomba adalah tidak mendapat kerjasama daripada orang awam. Terdapat juga pihak yang tidak mengetahui Dasar MKN 20 iaitu suatu dasar tentang operasi kecemasan kerana operasi menyelamatkan mangsa banjir tidak berjalan lancar dengan sepenuhnya. Askar hanya memberi tumpuan kepada suatu tempat sahaja. Askar juga hanya tunggu arahan dari komander operasi bagi membolehkan mereka menjalankan operasi menyelamatkan mangsa banjir. Bot dari JPS tidak mampu untuk manampung mangsa banjir dan telah tenggelam sewaktu operasi banjir dijalankan. Ini telah menjadi kekangan kepada pihak bomba. Bot yang dikendalikan oleh pihak polis pula terlampau laju. Terdapat respoden menyatakan yang pihaknya sukar untuk sampai ke suatu lokasi dengan cepat disebabkan oleh arus yang deras. Mangsa- mangsa banjir turut menerima kesulitan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini kerana pihak ini telah mengunakan system manual iaitu system mengunakan borang bagi menguruskan mangsa-mangsa banjir. System manual ini menyebabkan terdapat kehilangan nama-nama mangsa banjir. Pihak dari jabatan tersebut harus menggunakan computer kerana terdapat ramai mangsa banjir yang perlu dikendalikan.

Bantuan yang telah diberikan oleh pihak hospital adalah berupa logistik iaitu ,tilam,selimut makanan, pakaian, tempat tinggal sementara dan ubat-ubatan serta pemeriksaan kesihatan.
Kesulitan yang dialami oleh pihak hospital adalah terdapat putus perhubungan dengan pihak luar sewaktu bencana banjir berlaku. Pentadbiran juga tidak cekap kerana mereka mendapati bantuan yang disalurkan oleh parti politik disalahgunakan.

Hanya satu respoden dari Jabatan Pengairan dan Saliran.Respoden ini menyatakan, langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah ketidakcekapan yang berlaku dari pihak JPS adalah memberi taklimat tentang persediaan menghadapi banjir kepada semua pihak dalam Jabatan Pengairan dan Saliran Johor.
Langkah awal yang diambil oleh pihak JPS bagi menangani masalah banjir akan pada masa akan datang adalah membaikpulih system saliran dan mendalamkan sungai yang berkenaan.
Bentuk bantuan yang diberi oleh pihak polis adalah berupa logistic, Pihak polis turut bertanggungjawab dalam memindahkan mangsa ke tempat yang selamat dengan mengunakan bot. Respoden menyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak beliau adalah semasa memindahkan mangsa banjir. Ini kerana terdapat segilintit mangsa tidak mahu berpindah disebabkan mereka lebih sayangkan rumah, hartabenda atau premis perniagaan berbanding nyawa mereka sendiri. Makanan untuk polis juga lambat tiba kepada mereka sewaktu mereka menjalankan tugas operasi banjir.
Respoden menyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak mereka adalah terdapat penipuan semasa pemberian bantuan. Terdapat segilintir mangsa yang tidak bertanggungjawab telah mendaftarkan nama mereka pada semua tempat pemindahan supaya memperolehi banyak bantuan. Terdapat juga mangsa yang degil untuk berpindah ke kawasan penempatan sewaktu operasi menyelamatkan mangsa dijalankan.
Langkah awal yang diambil oleh pihak mereka bagi menangani masalah banjir akan pada masa akan datang adalah menyediakan kapal korek pasir untuk mendalamkan sungai dan sebagainya. Selain itu, Projek JPS iaitu projek meluruskan sungai.
Bantuan yang diberi oleh pihak dari Majlis Daerah Kota Tinggi adalah menyediakan tenaga kerja untuk urusan pemindahan mangsa banjir dan juga pusat pemindahan untuk mangsa banjir . Selain itu, turut menyediakan perkhidmatan pembersihan selepas banjir dan memberi bantuan pengagihan makanan untuk mangsa banjir. Majlis Daerah Kota Tinggi juga mengecualikan cukai tukaran untuk separuh penggal. Kesulitan yang dialami oleh pihak Majlis Daerah Kota Tinggi adalah kekurangan kakitangan tenaga kerja untuk pengurusan banjir. Selain itu, bekalan makanan tidak mencukupi kerana bilangan mangsa banjir di luar jangkaan. Pendaftaran mangsa banjir tidak dapat dijalankan dengan teratur memandangkan pusat pemindahan juga ditenggelami air.

Sunday, September 9, 2007

Pemuliharaan Perbandaran Bandaraya Georgetown

Dalam usaha untuk mengekalkan dan mempercepatkan lagi proses pembandaran di Georgetown, beberapa langkah jangka panjang telah di ambil..Antaranya..

Unit perancangan kawasan pusat (Central Area Planning Unit (CAPU))
Cadangan pemuliharaan kawasan bandaraya Georgetown diperkenalkan dalam tempoh awal 1970an. Pemuliharaan kawasan bandar secara rasminya disebut buat pertama kalinya dalam Pelan Perlingkungan Sementara Bandaraya yang disediakan oleh CAPU untuk bandaraya Georgetown. Dalam pelan ini kawasan yang sesuai dipulihara telah dikenal pasti dan ini meliputi kawasan yang dilingkungkan oleh Jalan Penang, Lebuh Chulia dan Lebuh Pantai dan kawasan yang dilingkungkan oleh Lebuh Magazine, Jalan Brick Kiln dan Jalan Bridge. Pada ketika itu tidak terdapat polisi atau garispanduan khusus untuk memandu pembangunan dalam kawasan ini. Kawalan perancangan ialah melalui nisbah plot. Pembangunan fizikal pesat dalam tahun 1970an dan 1980an ekoran kejayaan sektor ekonomi mengarah kepada pengenalan nisbah plot pembangunan yang tinggi dalam kawasan bandaran.

Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima pakai Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976, Akta 172, pada 1 Januari 1985. Bahagian III, Akta 172 mengwajibkan pihak berkuasa tempatan menyediakan pelan-pelan pembangunan iaitu Pelan Struktur dan Pelan Tempatan. Sekyen 7 memerlukan pihak berkuasa tempatan sebelum menyediakan deraf Rancangan Struktur menjalankan tinjauan dalam kawasannya. Penemuan-penemuan daripada tinjauan ini diterbitkan dalam Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur.


Kawasan-kawasan Pemeliharaan Bandaraya Georgetown

Urbanisasi dan Pembangunan di GEORGETOWN

Di ruangan ini, ingin saya berkongsi bersama anda mengenai urbanisasi di daerah Georgetown,Pulau Pinang.Seperti yang kita sedia maklum, Georgetown merupakan antara bandar yang sedang pesat membangun di Malaysia.

Pembangunan perbandaran bandaraya Georgetown boleh dikatakan bermula apabila Kapten Francis Light merancang susunatur fizikal bandar berasaskan 4 batang jalan yang disusun mengikut grid segiempat. Usaha perancangan bandarnya diteruskan oleh Jawatan Penaksir dari permulaan kurun ke 19 sehingga penubuhan formal sempadan pihak berkuasa tempatan setengah abad kemudian. Pembangunan bandaraya bergantung kepada susunatur sebagai kaedah kawalan.

Secara ringkas mengikut Pelan Induk Munro(seprti rajah di bawah), cadangan rangka bentuk pusat bandaraya Georgetown ialah
1. Jumlah penduduk seramai 400,000 orang dalam kawasan seluas 8,000 ekar. Tetapi Pelan Induk meramalkan pertambahan semulajadi akan menyebabkan penduduk bandar Georgetown menjangkau 600,000 orang.
2. Pengagihan penduduk ke pinggir kawasan bandar
3. Kawasan jalan dari Bagan Jermal ke pusat sivik dikendalikan sebagai kawasan kemudahan khas.



Friday, September 7, 2007

Hari terakhir kajian...

Pada hari terakhir kami di sini,kami telah berjumpa dengan beberapa lagi respondan kami daripada pihak governans.Pada pagi itu kami telah pergi ke pejabat daerah Kota Tinggi bagi mendengar taklimat yang diberikan 0leh penghulu mukim Kota Tinggi sendiri.
Pada Waktu yang sama kami juga berkesempatan untuk pergi ke Majlis Daerah Kota Tinggi untuk meneruskan kajian kami.Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah semua pihak governans ini telah memberi komitmen yang begitu baik sekali untuk membantu mangsa banjir.Walaupun terdapat beberapa kesulitan yang dialami,semua proses menyaluran bantuan dapat dijalankan dengan begitu baik seperti yang dirancang.

Responden-Hospital dan Jabatan Bomba

Tinjauan kami diteruskan pada petang itu dengan melawat Hospital Kota Tinggi dan Jabatan Bomba Kota Tinggi untuk mendapatkan maklumat.Respoden-respoden daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan pihaknya telah memberi pelbagai bentuk bantuan. Antaranya bantuan menyelamatkan mangsa, khidmat kemanusian, memindahkan mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat, memberikan bantuan logistic barang ke kawasan penempatan mangsa banjir, kerja-kerja pengagihan barang bantuan dan juga menghantar pesakit yang dari kalangan mangsa banjir ke hospital.Kesulitan yang dialami oleh pihak bomba adalah tidak mendapat kerjasama daripada orang awam. Terdapat juga pihak yang tidak mengetahui Dasar MKN 20 iaitu suatu dasar tentang operasi kecemasan kerana operasi menyelamatkan mangsa banjir tidak berjalan lancar dengan sepenuhnya.

Bagi respondan daripada pihak hospital pula,mereka juga telah memberikan bantuan yang tidak berbelah bagi semasa banjir berlaku.Namun terdapat juga kesulitan yang dialami oleh mereka.Antaranya iailah masalah pengangkutan mereka untuk memberikan bantuan

Suasana ketika soal selidik di Balai Bomba Kota Tinggi




Kisah sedih seorang ibu tunggal...

Di sini,ingin saya berkongsi dengan anda semua mengenai kisah seorang ibu tunggal yang merupakan penduduk kg.Kelantan.Setelah diwawancara, beliau mendakwa bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada mana-mana pihak.Keadaan wanita ini amat menyedihkan ketika diwawancara.Beliau mendakwa masalah yang dihadapi semasa urusan pendaftaran mangsa banjir adalah faktor beliau tidak menerima sebarang bantuan.

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah terdapat beberapa kelemahan yang wujud dari pihak governans semasa mengurus mangsa-mangsa banjir ini.Kes wanita ini sepatutnya dapat dielakkan sekiranya pihak governans merancang dengan lebih teliti

Sekitar Kg.Kelantan.....

Tinjaun kami di kampung ini berjalan dengan lancar kerana semua penduduk kampung telah memberikan kerjasama yang baik.Secara keseluruhannya,terdapat beberapa kesulitan atau masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.Antaranya adalah mengenai isu pembahagian bantuan, ketidaksamaan pendapat antara mangsa banjir dan pihak governans dan juga isu jenayah.

Salah seorang daripada respondan yang sedang ditemubual

Daripada apa yang kami perolehi, rata-rata mangsa-mangsa banjir di Kg.Kelantan dan juga Kg.Tembioh bersetuju bahawa pihak governans umumnya pihak polis telah memastikan keselamatan dan harta benda mangsa berada dalam keadaan yang terjamin. Namun begitu, terdapat juga beberapa mangsa merungut bahawa keselamatan harta benda mereka tidak begitu terjamin. Terdapat kes-kes rompakan yang berlaku ketika mereka berada di pusat pemindahan banjir.
Tinjaun kami berakhir pada tengah hari pada hari itu.

Kerosakan-kerosakan yang berlaku akibat banjir

2 September 2007-Hari ke-2 kajian

8.00 pagi
Hari kedua kajian lapangan kami ini telah dimulakan dengan lawatan ke kawasan-kawasan yang pernah terlibat dengan banjir dahulu.Kami diberi peluang untuk melawat sekitar Kg.Kelantan,Kg.Tembiuh dan juga Taman Kemang.Kami difahamkan bahawa kawasan-kawasan ini merupakan antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir.
Kami kumpulan MADINAH telah berpecah kepada 2 kumpulan di mana 2 orang ahli kami telah pergi ke Kg.Kelantan dan 2 orang lagi ke Kg.Tembiuh.Matlamat kami pada kali ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada mangsa-mangsa banjir sendiri mengenai peranan dan keberkesanan pihak governans dalam menangani banjir.Untuk itu sebanyak 30 responden yang terdiri daripada penduduk kampung sendiri diperlukan untuk kajian kami.

Tuesday, September 4, 2007

Responden 1 : Jabatan Polis Diraja Malaysia

Untuk pengetahuan anda,Balai Polis Daerah KOta Tinggi yang kami lawati ini letaknya di Kota Kechil.Pada petang itu kami kumpulan MADINAH telah sama-sama menaiki teksi ke sana.Kami memilih jabatan polis ini sebagai antara respondan kami kerana kami rasakan pihak polis merupakan pihak yang memainkan peranan yang penting semasa tragedi banjir dahulu..Selain itu, pihak polis juga dapat menjadi kayu ukuran kepada kumpulan kami untuk mengkaji sejauh mana peranan dan keberkesanan governans dalam menangani banjir.

Setibanya kami disana,kami telah menemubual Lans Koperal Subang yang pada ketika itu sedang bertugas.Menurut beliau,terdapat beberapa kesulitan yang dialami oleh pihaknya dalam usaha menyelamatkan mangsa banjir.Ini termasuklah tidak mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk sendiri.Penduduk kebanyakannya melengah-lengahkan masa untuk mereka dipindahkan kerana mereka menjangkakan banjir yang berlaku ketika itu tadaklah seteruk mana.Keadaan ini merumitkan lagi kerja-kerja pihak polis.Menurut beliau lagi,terdapat beberapa masalah yang timbul antara pihak atasan pasukan polis.Secara ringkasnya,mereka telah diberi pelbagai arahan daripada pihak atasan sehinggakan pihaknya sukar melaksanakan tugasan.

Terdapat banyak input-input yang berguna untuk kami sepanjang kajian kami di Balai POlis ini.Selain menemubual,kami juga telah mengedarkan borang kaji selidik kami dan kami telah mendapat kerjasama yang begitu baik sekali.

1 September 2007-Bermulanya kerja lapangan

8.00 pagi
Seperti yang dirancangkan,kami semua telah berkumpul di tempat-tempat yang diteteapkan.Saya serta ahli kumpulan yang lain telah berkumpul di Kolej Keris Mas bagi menunggu bas yang akan membawa kami ke Kota Tinggi.Untuk kerja lapanan kali ini, sebanyak 3 buah bas akan digunakan untuk membawa kami ke sana.Sebelum itu juga,kumpulan MADINAH telah membuat beberapa hari sebelum kami berangkat ke sana..Ini termasuklah mengemaskini borang kaji selidik,menyediakan soalan-soalan berkaitan dan juga membuat persediaan diri kami sendiri.

2.30 petang
Setibanya kami di sana,kami berasa amat terharu kerana kami dapat melihat dengan mata kami sendiri Kota Tinggi selepas banjir.Setelah kerja-kerja 'check in' tempat penginapan kami selesai,kami telah membuat keputusan untuk memulakan kajian kami pada petang itu juga walaupun kami di maklumkan aktiviti pada petang dibatalkan.Sasaran kami untuk kajian pada petang itu adalah daripada jabatan Polis Diraja Malaysia......

6.30 petang
Pada jam ini,kami semua telah selesai kajian kami di balai polis Kota Tinggi.Kami amat beruntung kerana walaupun Balai Polis tersebut terletak jauh dari tempat kami,kami telah menerima layanan yang cukup baik sekali..aktiviti kami pada hari ini berakhir pada petang itu dan pada malam itu,kami semua diberi pelung untuk berehat.

Bermulanya kajian lapangan

Kerja lapangan kami yang telah diadakan pada 1-3 September yang lepas.Kami telah berkampung di sana selama 3 hari dan semua yang kami rancangkan sebelum ini telah dilaksanakan dengan jayanya...Di ruangan blog ini, akan saya gambarkan atau menceritakan tentang apa yang kami lalui selama kami berada di sana.Di harap semua pelawat dapat memberi respon dengan menyertakan komen anda di blog ini.....