Friday, September 7, 2007

Responden-Hospital dan Jabatan Bomba

Tinjauan kami diteruskan pada petang itu dengan melawat Hospital Kota Tinggi dan Jabatan Bomba Kota Tinggi untuk mendapatkan maklumat.Respoden-respoden daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan pihaknya telah memberi pelbagai bentuk bantuan. Antaranya bantuan menyelamatkan mangsa, khidmat kemanusian, memindahkan mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat, memberikan bantuan logistic barang ke kawasan penempatan mangsa banjir, kerja-kerja pengagihan barang bantuan dan juga menghantar pesakit yang dari kalangan mangsa banjir ke hospital.Kesulitan yang dialami oleh pihak bomba adalah tidak mendapat kerjasama daripada orang awam. Terdapat juga pihak yang tidak mengetahui Dasar MKN 20 iaitu suatu dasar tentang operasi kecemasan kerana operasi menyelamatkan mangsa banjir tidak berjalan lancar dengan sepenuhnya.

Bagi respondan daripada pihak hospital pula,mereka juga telah memberikan bantuan yang tidak berbelah bagi semasa banjir berlaku.Namun terdapat juga kesulitan yang dialami oleh mereka.Antaranya iailah masalah pengangkutan mereka untuk memberikan bantuan

Suasana ketika soal selidik di Balai Bomba Kota Tinggi




1 comment:

XiXal said...

apa yang saya tahu tentang dasar MKN20 tersebut adalah setiap badan atau pertubuhan perlulah memainkan peranan dengan lebih teratur tanpa ada perbezaan pendapat yang boleh menyukarkan lagi proses operasi banjir ini.